"Gudang Perkongsian Informasi,Hanya yang terbaik di http://kongsicom.blogspot.com/ "

Kongsi

Tuesday, 16 August 2011

Salam Blogger



Assalamualaikum dan terima kasih banyak- banyak yang tak terhingga kepada semua pembaca yang sudi “view” blog aku dan membaca entry aku yang agak panjang dan tak seberapa nie.


Pertama sekali aku ingin  kongsi kan Perasaan dan pengalaman serta pemerhatian  aku dengan semua pembaca mengenai Blog,Laman Web Sosial dan blogger dan macam mana aku mula terfikir untuk ada blog sendiri.


Tidak dinafikan bahawa blog merupakan satu platform yang tidak asing bagi pengguna dan pelayar internet di seluruh dunia untuk berhubung dan berkomunikasi,meluah perasaan dan berkongsi idea di antara mereka secara tidak langsung mahupun secara langsung.


Blogger pula merupakan pengenalan bagi penulis atau tuan punya blog.Blogger bagi aku biasanya boleh dikategorikan kepada dua(2) jenis iaitu Pencetus idea dan penciplak. Biasa nya blogger yang dalam kategori pencetus  ini sentiasa mendapat “hit” atau rating yang tinggi daripada pembaca kerana hasil tulisan mereka yang asli dan sentiasa segar dan baru untuk tatapan pembaca .Berbeza pula dengan blogger yang berada dalam kategori penciplak.Ini kerana blogger yang bersifat “penciplak” ini biasa nya hanya mengambil post dari blog orang lain,Artikel ,dan informasi secara terus tanpa kebenaran penulis untuk dijadi kan entry mereka dan mereka ini juga boleh dikatan sebagai parasit dalam dunia blogger.


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis blog yang boleh di klasifikasi kan sebagai blog hiburan , Persendirian , Politik , Agama dan 18++ . pertama sekali pendapat aku mengenai blog hiburan adalah para pengguna blog ini kebanyakkan  nya tergolong dalam kalangan remaja khususnya para pencinta artis,filem,mp3 dan blog ini digunakan sebagi medium bagi mendapatkan item item yang mereka ingin kan dan kebanyakan blog hiburan  ini adalah berlandas kan pada GOSIP,MP3 percuma,dan Movie percuma untuk di”download” semata mata dan tidak dapat dinafikan bahawa blog blog yang berunsur kan begini sentiasa mendapat perhatian para pembaca dan pelayar web di seluruh dunia.


Bagi blog yang lebih bersifat “self-indipendent” dan persendirian pula aku menganggap bahawa mereka ini merupakan seorang blogger yang lebih berani meluahkan idea dan pendapat masing masing tanpa memikirkan soal income atau rating dan disebabkan itulah kebanyakan pembaca lebih tertarik untuk membaca blog blog seperti ini disebabkan oleh item dan olahan entry nya yang lebih segar dan tanpa unsur ciplak.Mengikut kepada pemerhatian aku blog seumpama ini banyak mengisarkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan diselitkan dengan unsur unsur humor,informasi dan lebih bersifat “up to date”.


“Political Blog”  merupakan salah satu blog yang sentiasa mendapat hit dan rating yang tinggi .Ini kerana kebanyakan entry nya adalah berkisarkan kepada dunia politik semata mata dan kurangnya pendedahan maklumat di media massa seperti TV dan Surat Khabar merupakan penyebab blog bersifat politik ini sentiasa mendapat rating dan “view” yang tinggi dari para pembaca dan pelayar web. Selain itu blog yang berciri kan “Islamic” juga makin mendapat perhatian para pembaca .ini kerana isi kandungan nya yang padat dan sentiasa memberi maklumat yang berguna kepada para pembaca.Pertumbuhan blog yang besifat “Islamic” ini boleh dikata semakin banyak di Malaysia oleh kerana  timbulnya kesedaran dikalangan masyarakat mengenai agama,dunia dan akhirat.


Akhir Sekali adalah mengenai blog yang bersifat 18++ ,Blog seumpama ini biasa nya paling cepat mendapat view dan rating yang tinggi dari para pembaca.Mungkin disebabkkan kandungan nya yang agak 18++ maka blog ini dapat mengumpul pembaca  yang ramai dalam jangka masa yang pendek.Blog seumpama ini juga biasa nya menjadi medium bagi peniaga untuk mengiklankan perniagaan mereka disebabkan hit yang tinngi dari pembaca.Tidak dinafikan bahawa income yang diperolehi dari blog yang berunsur begini agak tinggi dan cepat.


Bagi aku sendiri pula kita sepatutnya menggunakan platform yang disediakan ini untuk mencetus sesuatu yang lebih baik dan berguna kepada para pembaca.Untuk blog ini pula aku berharap dapat berkongsi semua maklumat atau item yang akan dimasukkan kedalam blog ini dengan para pembaca secara postif dan tanpa prasangka.Semua item dan penulisan yang akan dikeluarkan dalam blog ini pada masa hadapan  hanyalah sekadar untuk berkongsi dan saling melengkapi keinginan para pembaca dan penulis. disebabkan ini jugala aku mula terpikir untuk menjadi seorang blogger dan mewujudkan blog yang sentiasa mendapat sokongan dari para pembaca.


Semua entri yang dimasukkan kedalam blog ini adalah hasil tulisan penulis blog ini sendiri tanpa di ciplak dari mana mana blog.Di harap Semangat  aku untuk ber “blogger” sentiasa membara sampai bila bila.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...