"Gudang Perkongsian Informasi,Hanya yang terbaik di http://kongsicom.blogspot.com/ "

Kongsi

Monday, 22 August 2011

Ubat Gigi Oh Ubat Gigi !!


Salam Blogger:
Kali nie aku nak kongsi kan gan korang pulak mengenai ubat gigi. Korang gosok gigi hari hari mesti guna ubat gigi kan? Tapi tau tak korang apa bahan bahan yang di gunakan dalam ubat gigi ? mungkin fakta aku nie betul dan mungkin juga tidak.So wallahualam kita sama sama fikir dan renungkan okey .



Antara bahan bahan yang mungkin korang tahu dan mungkin korang tak tau dalam ubat gigi korang.kat sini aku senarai kan beberapa jenis bahan yang  terkandung dalam ubat gigi yang kita guna kan setiap hari tue.
·         Formaldehyde :
Fungsi bagi bahan kimia nie adalah untuk membunuh kuman dan memutihkan gigi anda dan kesan buruk nya adalah kepada buah pinggang, dan memberi kesan buruk keatas lidah.

·         Detergent :
Kegunaan atau fungsi detergent dalam ubat gigi adalah untuk menjadikan nya mengeluarkan buih ketika korang gosok gigi.

·         Rumpai Laut :
Bunyi macam pelik dan korang mesti tak sangka ada rumpai laut kat dalam ubat gigi.Fungsi nya adalah untuk memastikan ubat gigi tersebur dalam keadaan pejal dan seakan akan melekat dan tidak cair atau meleleh.

·         Peppermint :
Peppermint pula adalah untuk memastikan ubat gigi mempunyai perisa dan bau yang menarik namun kesan buruk dari bahan ini adalah boleh memperlahankan kadar denyutan nadi .



·         Parrafin :
Sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memastikan keadaan ubat gigi kelihatan gebu dan pejal.Kesan buruknya adalah boleh menyebabkan kita merasa loya dan pening jika tertelan dalam kadar yang banyak.

·         Chalk :
Atau dikenali juga dengan nama kapur.Ia juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat gigi.kesan buruk nya adalah masalah pernafasan dan kerongkong.

·         Titanium Dioxcide :
Bahan ini biasanya boleh kita temui dalam cat putih dan fungsi nya adalah untuk memastikan gigi kelihatan putih selepas menggunakan ubat gigi .

·         Saccharin :
Adalah sejenis bahan kimia seperti detergent namun fungsi nya adalah untuk member perasa manis kepada ubat gigi yang kita gunakan .

·         Menthol :
Bukan mentol lampu yea tetapi sejenis bahan kimia yang memberi rasa berangin dan wangi kepada mulut kita selepas menggosok gigi.tanpa bahan kimia nie mungkin rasa ubat gigi tu akan jadi seperti kapur,sabun dan paraffin tadi.

Sekian.Harap tinggalkan komen dan klik nuffnang ok selepas baca.terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...