"Gudang Perkongsian Informasi,Hanya yang terbaik di http://kongsicom.blogspot.com/ "

Kongsi

Thursday, 18 August 2011

5 Perkara Aneh !!


Salam Blogger :

Salam Sejahtera ,Sempena bulan puasa yang mulia ini aku ingin berkongsi sebuah cerpen yang boleh di jadi kan renungan bersama sama dengan para pembaca.Di harap ianya sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran yang berguna kepada para pembaca.Sama sama lah kita membacanya .Selamat membaca diucapkan kepada semua pembaca.


ABUL LAITS AS SAMARQANDI adalah seorang ahli figh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata :

Ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi :

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua engkau sembunyikan, ketiga engkau terimalah, keempat jangan engkau putuskan harapan, yang kelima larilah engkau daripadanya."

Pada keesokkan harinya Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju kebarat dan kebetulan pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata:

"Aku diperintahkan memakan apa yang pertama aku hadapi tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan".

Maka Nabi terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Ketika ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Ia pun mengucapkan syukur "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu kemudian ditinggalkan. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu :

"Aku telah melaksanakan perintahmu".

Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ianya ditanam. Ketika sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata:

"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku".

Mendengarkan rayuan burung kecil itu, hatinya berasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkannya kedalam baju beliau. Melihatkan keadaan itu lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi sambil berkata :

"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak dari pagi lagi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku".

Nabi itu teringat pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat iaitu tidak boleh putuskan harapannya. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia mengambil keputusan dengan memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada burung helang tersebut. Setelah mendapat daging, lalu burung helang itu terbang dan burung kecil itu dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak dapat menahan bau busuk. Setelah menemui kelima-lima kejadian tersebut, maka dia pun kembalilah ke rumahnya. Pada malam itu Nabi itupun berdoa.

Dalam doanya ia berkata:

"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintahMu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku akan erti semuanya ini".

Dalam mimpinya beliau telah diberitahu oleh Allah bahawa :

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya maka marah itu akan menjelma lebih manis dari madu.

Kedua semua amal kebaikan (budi) walaupun engkau sembunyikan maka tetap ia akan nampak jua.

Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang maka janganlah engkau khianati kepadanya.

Keempat jika orang meminta kepadamu maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun engkau sendiri berhajat.

Kelima bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah".

Saudara-saudaraku sekalian, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini senantiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti hamba Allah akan terkejut melihat akan pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

Lalu dia bertanya:

"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dahulu".

Maka berkata Allah s. w. t:

"Ini adalah pahala orang yang mengata-ngatakan tentang dirimu".

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita. Oleh itu hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ianya benar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...