"Gudang Perkongsian Informasi,Hanya yang terbaik di http://kongsicom.blogspot.com/ "

Kongsi

Friday, 19 August 2011

Ian Curtis ( Sambungan Dari Ian curtis lagenda atau perosak moral)


Salam blogger.
Selepas aku menyiarkan artikel mengenai ian Curtis ianya telah mendapat banyak hit view dari para pengunjung blog kongsi.com dan disebabkan itu pada kali ini aku nak sambung lagi cerita mengenai ian Curtis dan joy division .pada kali nie aku nak cerita dengan lebih terperinci lagi mengenai band yang berasal dari Manchester ini.


Joy Division merupakan sebuah rock band dari salford ,Manchester yang ditubuh kan pada tahun 1976.Pada asal nya band ini dikenali sebagai Warsaw dan di anggotai oleh ian Curtis (vokalis),Bernard Sumner (Guitar and keyboard),Peter hook ( bass guitar) and Stephen morris (drum and percussion).
Ep pertama yang di keluarkan oleh joy division adalah pada tahun 1987 iaitu An ideal for living dan ianya telah menarik perhatian pengacara TV terkenal pada masa tersebut iaitu Tony Wilson untuk menjemput mereka mengadakan persembahan dalam rancangan TV nya.Album pertama bagi joy Division pula dikeluarkan pada tahun 1979 yang bertajuk unknown pleasures melalui label independent record .


Namun disebalik kejayaan joy division .Vokalis kumpulan joy divison iaitu ian Curtis mengalami beberapa masalah tekanan hidup seperti menghidapi penyakit sawan ( epilepsy) dan masalah rumah tangga dan masalah tersebut member kesan buruk terhadap nya setiap kali ingin mengadakan persembahan secara live.

Pada januari 1980 semasa mereka merancang untuk mengada kan tour di eropah penyakit yang dihidapi oleh ian Curtis menjadi semakin teruk dan tidak terkawal disebabkan oleh rehat dan tidur yang tidak cukup selain kesan sampingan dari ubat ubatan yang di ambil.Semasa mengadakan tour di eropah ian Curtis mengenali seorang wanita Belgium iaitu annik honored an hubungan mereka menjadi semakin rapat dan juga menjadi punca kemusnahan rumah tangga ian Curtis dan isteri nya iaitu Deborah Curtis.Disebab kan berada di dalam tekanan ian Curtis mengambil keputusan untuk menggantung diri nya di dapur rumah nya sewaktu ketiadaan Deborah.
Pada pagi 18 may 1980 mayat ian Curtis dijumpai isteri nya tergantung di dapur,Dan kematian nya menimbulkan rasa sesal yang mendalam pengurus nya iatu tony Wilson yang mendakwa terkejut mendengar berita kematian ian.
Selepas kematian vokalis ,ian Curtis semua ahli kumpulan joy division bepakat untuk menukar nama band mereka kepada New Order dengan Sumner menjadi vokalis dan Gillian Gilbert yang juga merupakan teman wanita morris menjadi pemain keyboard dan guitaris untuk band New Order.
Ep pertama new order yang bertajuk “ceremony” di keluarkan pada tahun 1981.Semenjak dari itu band New Order menjadi lebih popular dan Berjaya sehingga lah syarikat rakaman mereka iaitu Factory Record bankrupt.
Untuk pengetahuan para pembaca kongsi.com nie kebanyakan lirik lagu bagi joy division merupakan hasil karya ian Curtis sendiri dan ianya berdasarkan kisah hidup nya sendiri.

Antara Lagu lagu Joy Division yang popular untuk anda dengar :

Sekian.

Lepas baca harap komen yea. Sambil tu klik la iklan nuffnang ea.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...