"Gudang Perkongsian Informasi,Hanya yang terbaik di http://kongsicom.blogspot.com/ "

Kongsi

Tuesday, 16 August 2011

Beza antara blog lelaki dan perempuan


            
      Pada kali ini aku nak kongsi kan dengan pembaca mengenai perbezaan diantara blog perempuan dengan blog lelaki.Macam yang kita semua tahu baik lelaki mahupun perempuan ,kedua duanya mempunyai citarasa yang berbeza seperti contoh yang paling mudah kebanyakan perempuan suka kan warna “pink” manakala tidak bagi lelaki. Atau pun kebanyakan perempuan suka kan benda benda yang cantik dan agak “complicated” manakala lelaki lebih suka kan benda yang “simple”.Berikut merupakan perbezaan ketara yang boleh kita tengok pada blog kepunyaan lelaki dan blog perempuan.

1.    Design/rekabentuk Blog :

Dari segi rekabentuk  biasanya kita dapat tengok blogger lelaki lebih cenderung memilih 1 atau 2 warna dan rekabentuk yang ringkas sahaja bagi blog mereka.Namun kebanyakan blog perempuan mempunyai design blog dan pemilihan warna yang agak berserabut dan bagi blogger perempuan mereka kebanyakannya memilih warna yang lebih  terang dan berbeza beza dan kadang kadang warna yang dipilih boleh menyebabkan sakit mata ....hehehe

2.     Aksesori Blog :

Tidak dinafikan bahawa aksesori blog/widget juga memainkan peranan yang penting kepada blog dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian pembaca untuk “view” sesebuah blog  tersebut.Namun pada pemerhatian aku kebanyakan blog perempuan mempunyai aksesori yang kebanyakan nya hanya melembab kan proses “loading “ sesuatu blog tersebut dan kadang kadang kebanyakan widget tersebut hanya diletak kan tanpa fungsi yang jelas.Dan ianya sangat berbeza dengan blog lelaki yang mana kebanyakan blogger lelaki lebih bijak dalam memilih widget yang ingin dimasukkan ke dalam blog mereka ..hohoho

3.     Entry/Posting Blog :

Untuk entry pula bagi aku entry yang di tulis/di karang oleh blogger perempuan biasa nya lebih menarik dan seronok untuk di baca .Selain itu kebanyakan entry yang dipaparkan adalah sangat berinformatif  dan kadang apa yang ditulis adalah diluar kotak pemikiran kita dan ia nyamungkin kerana sifat perempuan sejak azali lagi yang kebanyakan nya rajin dan bijak dalam mengolah sesuatu  berbanding dengan  blogger lelaki.dan  aku juga bersetuju bahawa olahan entry dan posting yang di tulis oleh perempuan adalah  lebih baik berbanding blogger lelaki…hukhukhukhuk

4.     Gambar/images:

Dari segi pemilihan gambar pula aku berpendapat bahawa blogger perempuan sentiasa  “over ke depan “ dan mungkin lebih berani dari blogger lelaki.Ini kerana kebanyakan blogger perempuan sentiasa memaparkan gambar gambar yang menarik untuk setiap posting dan entry mereka.Namun kebanyakan mereka sebenar nya lebih suka mencari publisiti dan popularity yang mudah dengan me “upload” gambar mereka sendiri.Untuk blog lelaki pula kebanyakan blogger lelaki sentiasa bersikap lebih misteri dan gambar gambar yang diupload hanyalah sekadar tangkap muat dan hanya untuk posting tertentu…wakakakaka

Sekian.Selamat membaca.

p/s : Semua perkara yang disebutkan diatas adalah hasil buah fikiran dan olahan penulis blog ini sendiri tanpa di ciplak dari mana mana sumber.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...