"Gudang Perkongsian Informasi,Hanya yang terbaik di http://kongsicom.blogspot.com/ "

Kongsi

Tuesday, 16 August 2011

Lagenda Atau Perosak Moral?

Salam  berhibur kepada semua pembaca.pada kali ini aku ingin berkongsi sebuah filem dengan para pembaca .Filem yang aku maksudkan  adalah sebuah filem hasil arahan Anton Corbijn pada tahun 2007 yang bertajuk Control.


Filem yang berkisarkan pada tahun 70-an ini adalah mengenai seorang genius muzik yang bernama Ian Curtis yang juga merupakan  vokalis bagi kumpulan Warsaw ( Juga dikenali sebagai  Joy Division ). Filem yang berdasarkan “true Story” ini merupakan Salah  satu karya  Anton Corbijn yang terbaik yang pernah dihasilkan .Filem ini juga mengisahkan titik tolak perjuangan muzik indie seorang remaja yang bernama ian Curtis dan rakan rakan nya dari Manchester bagi menjadi “Band” lagenda dan mempopularkan rentak iggy pop pada masa tersebut.


Pelbagai Cabaran yang di lalui dan ditempuhi oleh mereka untuk menjadi sebuah band yang cukup dikenali pada masa tersebut. Namun takdir menentu segala nya,pada ketika band Joy Division berada di puncak  kejayaan vokalis mereka iaitu ian Curtis telah membunuh diri dengan menggantung diri di rumah nya ekoran tekanan hidup dan penyakit yang dialami nya.Ian Curtis meninggal dunia pada 18 May 1980 pada umur yang cukup muda ,23 tahun.

Antara Karya karya Joy Division Yang menjadi kegilaan para peminat sehingga kini adalah seperti Transmission ,Shadowplay dan She out of control. Akhir Kata Selamat menonton.
Sekian.

p/s :
aku sertakan sekali link youtube untuk preview movie “Control”.Selamat Menonton!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...